Tak Semua Orang Suka Kita

ASSALAMUALAIKUM


Sukarnya untuk kita si hamba yang hina ini untuk membuatkan semua hamba-Nya yang lain menyukai kita. 
Terkadang apa yang kita lakukan dilihat manis, cantik, ayu di mata-mata mereka. Terkadang ada juga yang memandang 'kosong' kerana perilaku kita tidak disenangi. 

Pada kita manusia,
kita hanya dapat menilai perilaku manusia luaran sahaja, tetapi kita tidak mengetahui dalamannya bagaimana. 


Hai everybody. Today, nisa nak cerita abt something yang nisa nak sangat cerita. Nampak tak tajuk kat atas dan mukadimah yang agak berjeler tu? Yap, rasanya semua orang tahu yang sebenarnya nisa nak cerita tentang kenapa dan mengapa orang tak suka kita?

Lumrah lah orang tak suka kita kan walau sebaik baik mana pun kita. Kita semua manusia, semua pun tak sempurna. Ada kelebihan dan kekurangan yang Allah beri. Ikutkan nisa, nisa nak sangat semua orang boleh terima nisa dan suka pada nisa. Tapi itu cuma angan angan yang tak akan pernah terjadi sedangkan rasullulah yang tersangatlah baik tu pun ada yang tak suka ini kah pula kita manusia biasa. 

Macam nisa dekat sekolah laa, ni nak cerita abt pengalaman nisa lalui benda ceni. Tahun ni nisa kan baru jaa melangkah ke sekolah menengah. Dan orang orang cakap kita kalau dah masuk sekolah menengah ni cabaran dan dugaan pun makin banyak kann. Nisa kalau kat sekolah lebih banyak berdiam diri dan adaa orang cakap nisa ni pemalu kehkeh. Sejak sekolah rendah nisa dah dilabelkan centu jadi takdak masalah laa nisa terima dengan hati yang terbukaa. Itukan pada pandangan orang.

Kenapa nisa tampil kurang confidence dan kurang banyak bercakap ?

Ye la, nisa pernah try untuk jadi friendly time sekolah rendah tapi orang kata macam macam. Jadi bila dah masuk SAM ni tak peduli lah bila nisa kelihatan lonely alone keseorangan takdak kawan hahahah. Nisa lebih selesa macam tuh. Takada orang kesah pasal kita. 

But, lelama nisa dah tersalah anggap. 

Bila kita centuh pun adaa juga orang tak suka kita.

Ada yang kata kitaa.

SOMBONG.

SUSAH NAK BERGAUL.

KEREK.

When nisa dapat tahu ada orang cakap centu air mata nisa ni bak empangan pecah. Terus menjunam turun tak henti henti. Bertapa sedih dan kecewanya orang anggap nisa macam tu. Bertapa luluh hati ini awak tau? 

Inilah dinamakan kehidupan.
Dan lepas tuu, nisa terima kata kata ini.

Lumrah kehidupan kalau orang tak suka kita.
Jadi diri sendiri.
Buat apa yang kita nak buat.
Peduli orang cakap.
Sebab hidup ni hanya sekali.

Seelok- eloknya biatlah orang tak suka kita pun asalkan kita tak buat benda buruk. Lagi tu orang tak suka kita, lagi tu kita doakan yang terbaik untuk mereka and jangan kita give up buat benda baik dalam dunia ni. Tapi, ingat baik tu biarlah berpada pada, benci jangan sekali tau. 

Manusia memang ada pelbagai jenis perangai. Rambut sama hitam hati masing- masing berlainan tapi 

janganlah kita senang lenang nak benci seseorang tu, mereka pun makhluk Allah swt jugak, sama macam kita.

Kita pun tak baguih mana sangat, nak benci orang pulak ?

Salam alayk.

3 ulasan:

jgn tension berkata...

takpee. kita kena bersabarkan? la yukallifullahunafsanillawusaha :)

Qaseh Zamberi berkata...

Syukran nt :)

Tanpa Nama berkata...

assalam.cerita ni sama mcm sya.dulu sya mcm ni gk.friendly, sporting.pastu org ckp mcm2.pastu trus rasa down dn pendiam.igt kn org tk kata apa dh.tp, ada jugak org kata.
hmm manusia tkkan puas hati dgn kita