Wei, Bangun aaa

ASSALAMUALAIKUM



Ok so here i am back to here again.

Cuti bulan duabelas yang amatlaaa menyamankan. Kauu boleh buat apa je yang kau suka sebab yela cuti sebulan en so jimba la apa lagi. Ok ni mindset aku bilaa aku rasa malas gilaa nak study dah. Tapi bila sampai je berkobar kobar semangat aku nak study, semua buku aku rasa aku nak buka sampai lastlyy tak jadi benda pun.

Actually ---

Aku nak tulis entri ni dari malam tadi lagi. Tapi tak tertulis pulaa. Itulah bilaa mood semangat palsu aku datang. Malam tadi lepas jaa solat isya' then baca quran dua tiga muka surat sikit macam biasa, aku tetibaaa termenung panjang. Rasa cem syahdu pula tetiba, taktahu lah kenapaa. Melayang layang pula fikiran aku ni fikir masa depan (( ecehh ))

Mengenangkan cuti aku yang dah seminggu ni macam apa je ;

aku rasa macam ya tuhannn apalah aku dah buat ni. Bangun tidur je lepas solat subuh turun bawah tengok tv, pastu buka laptop tengok cerita korea entah sejak bila aku terjebak dalam layan dramaa ni. Korea pulaa tu. Sejak bilaaaa wei. Pastu seminggu ni pula umi ngan abah still kerjaa so aku mereput reput la kat rumah ni. Takde sapaa nak cakap dengan aku. Ada adik pun busy. Busy ? Ha busy main mobile legend.

Buang masaaa gilaa budak tu.

Eh jap.

Eh jap. (( Tampar pipi jap ))

Aku pun apa kurangnyaa. Buang masa juga dol. Dengan habiskan masa depan laptop pastu tengok tv pastu tidur itukah yang dikatakan manfaatkan masa hm. Ada la jugaa aku sumbang tenaga sidai baju basuh pinggan and so on tapi tu pun takdelaa ambil masa lama sangat. Yang lain tu buang masa je lebih.

Maka semalam aku bermuhasabah diri kembali :')

Kau sedar tak nisa? Tahun depan nak espiyem dah. Tahun depan kauuu dah nak kena buat perhitungan dengan masa depan. Takkan la nak dekat dekat baru nak study. Takkan la dah nak kena tikam baru kau nak selamatkan diri. Takkan la orang semuaa dah siap pakai baju besi kau baru nak pergi melebur.

Nanti lastlyyy kau yang menyesal. Akhir akhir baru nak study. Sumpah, aku macam kena hentak dengan kataa hati aku sendiri. Rasa macam berpinar jap duniaa, ceh over pulak. Tapi betullah aku rasa macam hm betul jugaa seminggu ni aku tak terfikir pun nak plan kan masa cuti ni betul betul.

Baru seminggu, schedule hidup sebagai pelajar dah tunggang langgang.

Harituh aku ingat lagi time lepas habis sma bukan mainn lagi aku syok jadi mood spoiler.

" Dah kena countdown untuk spm lah dari sekarang." ; semua orang jeling aku macam nak terkam. Sebab dorang syok baru habis last paper datang pula kiah mana ntah sedap je ingatkan pasal spm. Aku seriouslyy semangat berkobar time habis sma tu. Aku kata lepas ni dah boleh fokus study untuk subjek akademik sebab dah takde azhari.

Tapi --

Bilaa start je cuti, hampeh lintang pukang hidup. Semangat tuu dah lari pergi mana, lagha je banyak. Buku spm pun aku sudi jeling jeling je. Buka penutup storage tu sikit, pastu tutup balik ahahaha. Sebab maybe ada hasutan sikit laa time nak dekat mula cuti harituh. Yang kata hati aku kata, jimba dua tiga hari pastuu baru sambung belajar. But, tengoklah seminggu terus suka ria.

Mana ingat nak buka buku dah.

Aku jadi centu mungkin jugaa sebab aku selalu mengeluh penat tahun ni. Sikit sikit penat. Yelaa tahun ni dua aliran terus kau nak kena grab serentak. Pastu kena seimbangkan. Azhari dan akademik. Bulan 6 dan 7 sibuk dengan ujian hafazan and tilawah. Bertahfiz tahfiz la semua bulan tuu. Pastu habis jee ujian tu kena siapkan folio pulaa. Bagi aku benda ni tak beban mana sebab cikgu dah tunjuk ajar dan kitaa ikut je tapi still laa kata penat. Habis je benda tuu semua, cikgu dah start agihkan jadual anjal akademik sebab lagi sebulan nak pat.

Bayangkan satu subjek dua jam sampai dua setengah petang then pukul tiga pula sambung kelas lonjak azhari pula. Petang ? Memang tak la nak masuk. Dua jee situasi masa tuu, aku pandang cikgu pastu berangan, ataupun aku buat buat khusyuk menulis tapi tersengguk. Ahahah.

Pastuu pat la selama hampir sebulan. Nak tak nak jawablah juga. Aku ngakuu, aku tak seberapa gigih nak pat tahun ni. Sebab aku tahu yang tahun depan takde streaming kelass. Entah apa apaa tah kepala otak aku ni berfikir. Aiseh.

Soooo,

habis je pat, jangan harapla nak merdeka anak anak. Kena hadap pula anjal azhari. Hafal tasmik hafal tasmik. Ulang ulang ulang. Makaaa, sma berjalan seminggu. Time sma ni aku agak respect laa dengan diri aku yang memang susah nak bangun pagi ni, istiqamah jaa setiap pukul empat pagi aku akan bangun even budak dorm aku bangun pastuu tidur balik.

Aku tak kesah pun kalau diorang bangun then tidur balik sebab diorang memang dah perform pun time trial dulu. Akuuuu ? Aku kena usaha kuat lagi. Aku kenaa struggle banyak sikit. Sebab aku agak sedar atas kemampuan aku. Lambat pick up sikit. Pastu hafal pelan pelan keluar balik. So memang aku kena usaha usaha dan terus usahaa.

Aku dah usahaa, dan aku bangga dengan effort diri aku sendiri yang terus kuat time tuuu. Sebak pulaa haip.

Disebabkann otak aku kena asak dalam beberapa bulan ni,

aku jadi nak keadilan tuu. Aku nak rehat pula.

Tapi malangnyaa aku tak sedar yang ada lagi banyak benda menunggu.

"Wei, jangan la malas sangat. Bangun, bangun, bangun. Penat sikit sekarang takpe. Ummah need youu." -kata hati

Memang terlintas benda tu automatiknyaa dalam diri aku. Tanpa sedar ekceli aku dah termotivate dengan kata hati aku sendiri. Entah kenapaa. Serius sebak gilaaa. Betullah ada orang cakap kita kena muhasabah diri everyday baru kita tahu apa yang kita nak sebenarnya dekat diri kita. Yess aku tak sangkal langsung. Dah jarang orang fikir pasal ummah ni. Org sekarang belajar, grad dapat kerja bagus bagus gaji tinggi, goyang kaki lepas dah nikmati tu semuaa.

" Bina kekuatan tuu dari sekarang." -umi

Yahh aku kena bina kekuatan tu from now sebab aku kalau nak kuat bukan senang. Soo kena perlahan lahan.

Susah sikit, mengeluh. Bebel bebel tak puas hati lastly memberontak. Takpee penat sekarang sebab satu hari nanti kau akan berterima kasih dengan diri kau, percayalaa. Wahai diri, setiap kali kauu rasa macam ya Allah susahnya topik ni, subjek ni and so on sebenarnya Allah nak tinggikan darjat kauu. Kau kena usaha, doaaa mengadu pada Dia. 

For once, korbankan kesenangan diri sendiri untuk ummah. 

"Sebab akan datang satu hari, kau berdiri di depan ilahi seorang diri & ditanya apa yang telah engkau lakukan sepanjang di dunia"

Takkan nak jawab kita turun dekat bumi sebab nak habiskan oksigen je?

So letss doa usaha ikhtiar tawakal jom ? Doakan akuu untuk segala kemudahan dan kerajinan okay. Hengkorang pun samaa okay. Ada je kan yang spesies macam akuu en, aku tahuu tu ahaha.

Okay bai assalamualaikum.